8 TANDA PENIPUAN POKET SENDIRI

8 TANDA PENIPUAN POKET SENDIRI | Secara rasionalnya, memang sangat mudah untuk kita membuat alasan apabila sesuatu benda yang kita rancang tidak menjadi kenyataan.

Salah satunya, pernah tak kita mengucapkan atau menggunakan ayat-ayat seperti ini? Ianya mungkin petanda bahawa kita cuba untuk menipu poket kita sendiri.


1. “Okaylah, aku selesa dengan gaji RM2,000 sebulan. Cukuplah tu...”

Kenapa ianya salah. Sekiranya kita merasa cukup dan selesa dengan tiada kenaikan pendapatan kita pada setiap tahun, ianya adalah petanda anda tiada usaha untuk memperbaiki diri untuk ke tahap seterusnya. Iaitu tahap untuk memperbaiki pendapatan anda sendiri. Dan itu juga adalah bukti bahawa anda adalah seorang yang pentingkan diri sendiri.

Bayangkan kalau pendapatan kita bertambah setiap tahun, ia boleh memberi peluang untuk kita membantu keluarga dan membantu orang lain iaitu dalam segi zakat. Ianya juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita dan keluarga sendiri.


Tapi, bagaimana nak baiki nya?

  • Tetapkan matlamat untuk tambah pendapatan secara tahunan. Daripada RM3,000 sebulan mesti kena naik dalam 10%-20% setiap tahun.
  • Gaji tak naik? Bos pula jenis kedekut? Maka, anda kena usahakan untuk buat pendapatan sampingan. Sama ada secara online ataupun offline. Zaman sekarang semuanya dihujung jari. Anda boleh juga buat dropship, menjadi ejen, freelance dan bina sebanyak boleh kemahiran dan pengalaman anda.


2. “Susahlah nak bincang masalah kewangan dengan pasangan”

Kenapa ianya salah? Sekiranya hubungan kita dengan duit sendiri pun tak berapa nak cantik, maka jangan mimpilah pasangan tercinta kita boleh menyelesaikan masalah kewangan yang kita hadapi. Kerana hubungan kasih sayang bukanlah penyelesaian bagi masalah kewangan.


Bagaimana nak baiki?

  • Kewangan sepatutnya menjadi salah satu topik penting bagi sepasang pasangan suami dan isteri. Bincangkan apa matlamat keluarga, bagaimana untuk merealisasikannya dan bagaimana pasangan anda boleh saling tolong-menolong antara satu sama lain sebagai pasukan.
  • Anda dan pasangan kena bincang dengan jelas dan terang, usah guna bahasa kiasan. Dan jangan sesekali ikut orang lain. Ini kerana setiap keluarga matlamatnya berbeza.


3. “Takaful ni.. Nanti-nanti boleh?”

Kenapa ianya salah? Takaful ibarat kita beli payung. Memang lah takaful ni kita tak guna sekarang, tetapi kita akan guna bila hujan turun nanti. Boleh sahaja anda nak nanti-nanti. Tapi dengan syarat anda ada ilmu kebal dan tak lut oleh dek penyakit yang bakal datang.


Bagaimana nak perbaiki?

  • Sekiranya tiada idea yang terbaik untuk diri sendiri, cuba cari orang yang berpengalaman yang tahu menahu tentang takaful.
  • Kadang kala majikan kita mungkin sudah sediakan kad perubatan atau takaful hayat. Tetapi sekiranya kita menanggung orang lain seperti anak, pasangan atau sebaliknya, mungkin kita memerlukan takaful tambahan.
  • Income replacement boleh membantu menggantikan gaji kita yang sekarang jika berlakunya kemalangan atau penyakit yang membuatkan kita tidak dapat bekerja.
  • Hibah pula dianggap sebagai sedekah. Ianya dengan memberi sebahagian wang tunai kepada ahli waris jika kita ditakdirkan meninggal dunia.



4. “Aku simpan sahaja duit ni. Nanti-nanti adalah gunanya tu”

Kenapa salah? Tak salah nak menyimpan duit sebenarnya. Tetapi, no money made by saving dengan menyimpan sahaja tanpa matlamat. 


Bagaimana nak baiki?

  • Rancang dahulu matlamat nak menyimpan. Pastikan simpanan anda dibuat pada tempat yang boleh mendatangkan dividen tanpa bayaran tambahan. Paling kurang pun dividen tu boleh cover inflasi seperti TH, A$B dan Unit Trust.


5. “Pandailah aku cari duit, buat apa nak pening kepala asingkan duit tu”

Kenapa salah? Sebab kita tidak akan boleh hebat dalam kewangan bila tiada pembahagian untuk emergency fund, investment fund dan for fun. Sebab kehidupan kita akan ada naik dan turun. Jadi, anda kena sediakan payung sebelum hujan.


Bagaimana nak perbaiki?

  • Ada sekurang-kurangnya empat perkara asas yang boleh bantu kita menguruskan kewangan dengan bijak. Wujudkan akaun kecemasan, akaun pelaburan dan buat keputusan yang membawa kita lebih dekat dengan matlamat, menghadkan godaan kemahuan dan juga anda kena berlatih untuk bersabar.


6. “Hutang sikit je pun. Semua orang pun berhutang. Nanti aku bayarlah.”

Kenapa ianya salah? Ya, hutang itu baik dan boleh membantu kita untuk teruskan kehidupan. Tetapi ada hutang baik dan juga hutang jahat. Anda kena kenalpasti terlebih dahulu sebelum membuat hutang.

Hutang baik adalah hutang yang boleh menjana pendapatan. Hutang jahat pula adalah hutang yang merosakkan kewangan dan poket kita ! Malah, dengan kadar faedah hutang yang tinggi, seringkali membantutkan ramai orang daripada membina kekayaan.


Bagaimana nak baiki?

  • Bayar baki kad kredit anda sepenuuhnya setiap bulan. Sekiranya anda sudah mempunyai hutang, buat rancangan untuk membayarnya secepat yang mungkin. Pastikan juga skor kredit bertambah baik setiap bulan.


7. “Aku mampu bergaya. Baru sedap show-off dekat Instagram”

Kenapa salah? Memang salah pun ! Dapat bermegah dengan status sosial bukan matlamat hidup. Disebabkan pendapatan dan perbelanjaan kita tidak sama, termasuklah financial goal juga berbeza. Dengan kata lain, sepatutnya show-off anda bukan dekat instagram atau pada kawan-kawan. Tetapi pada diri sendiri.

“Yes ! Aku dah berjaya beli rumah banglo untuk mak ayah !”


Bagaimana nak baiki?

  • Buat senarai financial goals anda untuk membantu diri sendiri memilih mana yang penting dan hanya membelanjakan wang yang membawa kita dekat dengan matlamat yang ingin dicapai.




8. “Tak naklah aku melabur. Takut”

Kenapa salah? Janganlah masuk skim cepat kaya. Itu bukan pelaburan. Tak akan masih tidak dapat bezakan? Pelaburan yang sah dan patuh syariah dekat Malaysia bersepah-sepah. Nak juga pilih yang tak sah tu.

Memang betul melabur itu berisiko. Tetapi sekiranya simpan cash, lagi berisiko tinggi disebabkan hilang, inflasi, anai-anai, kena curi. Duit tu tak akan jadi duit kalau tak pandai diberanakkan.


Bagaimana nak perbaiki?

  • Ada 3 kategori pelaburan iaitu low, medium dan high risk investment. Mulakan dengan melabur pada diri sendiri dahulu dengan menimba ilmu. Zaman dah mudah untuk kita akses maklumat dihujung jari.
  • Low risk investment adalah seperti menyimpan di dalam A$B. Beli RM1, jual semula RM1. Keuntungan diterima daripada agihan pendapatan. Medium risk investment pula kita melabur dalam unit trust. High risk seperti pelaburan saham atau hartanah.
  • Ikut pada kesesuaian dan toleransi risiko masing-masing. Lagi lama kita melabur, lagi baik pengalaman dan kemahiran yang akan kita miliki.


0 Comments