FOLLOW 5 AKAUN INSTAGRAM INI UNTUK KANDUNGAN TENTANG KEWANGAN TERBAIK

FOLLOW 5 AKAUN INSTAGRAM INI UNTUK KANDUNGAN TENTANG KEWANGAN TERBAIK | Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah, kembali kita ke entri yang seterusnya. Hehehe. Maaf la ye. Nurul memang agak slow dengan blog sekarang ni sebab banyak sharing dekat facebook, twitter, instagram dan telegram je sekarang.

Tak perasan blog kita diabaikan pulak. So, harini Nurul nak share dengan korang siapa yang korang boleh buat idola dalam dunia kewangan ni. 

Zaman teknologi sekarang membolehkan semua orang akses maklumat di hujung jari je. Yela kan. Zaman dah mudah. Tapi apa kata hujung jari korang tu korang akses sesuatu yang boleh buat rekod kewangan korang cantik.

Banyak info-info dan kandungan yang bermanfaat yang korang boleh dapatkan melalui 5 akaun instagram ni. Jangan lupa share dengan kawan-kawan juga ye.


Jom kita teruskan !


1. DR. AZIZUL AZLI AHMAD


Pada pendapat Nurul, kalau korang nak belajar tentang hartanah, korang boleh usha instagram Dr. Azizul ni. Nurul suka sangat dengan content yang beliau letak dalam instagram. Bukan setakat hartanah je, tentang kewangan peribadi pun ada. 

Beliau juga aktif dekat facebook dan telegram.



2. HARITH FAISAL


Selain daripada Dr. Azizul, Nurul suka sangat baca sharing daripada instagram Harith Faisal. Ayat beliau sangat sentap bila berkaitan dengan kewangan. Yela kan. Kita orang muda bukannya kisah sangat pasal kewangan ni.

Nanti dah tua baru nak sedar diri. Baik kita sedar pada seusia yang awal daripada terlambat.

Beliau juga sangat aktif di facebook.




3. FARAH NISA


Farah Nisa pernah viral dengan video perkahwinan beliau. Dekat instagram beliau sangat aktif sharing tentang hibah dan juga ASBF. Sesiapa yang nak belajar tentang ASBF dan pentingnya hibah tu, korang boleh ke instagram beliau.




4. GILA HARTANAH


Gila Hartanah ni famous dengan namanya. Hehehe. Nurul belajar tentang kewangan semua dekat sini. Banyak tips dan info yang menarik. Daripada hartanah sehingga kepada kewangan diri sendiri.

Ok, beliau sangat aktif menulis di blog. Korang boleh bookmarks blog beliau untuk dapatkan info yang lain.




5. NURUL SYAHIRAH


Nak selit jugak. Hehehe. Ok, Nurul pun ada sharing tentang kewangan, ASBF dan juga unit trust. Tujuan utama Nurul adalah untuk kita semua celik tentang kewangan.

Kalau bukan kita yang jaga kewangan kita, siapa lagi kan. Jadi, dekat sini Nurul himpunkan semua tips dan info tentang kewangan. Boleh ke story dan highlight Nurul.

Nurul juga aktif di telegram.




So, itu lah dia 5 akaun instagram yang bagi Nurul korang boleh ambil ilmu secukupnya. Ilmu free kan. Gunakan ianya sebaik yang mungkin. Untuk sebarang appointment, boleh terus je direct contact Nurul hokayy. 

In Sha Allah, tahun 2020 adalah tahun untuk kita semua miliki rekod kewangan yang cantik.


0 Comments

Newest